Jun 27, 2011

Laici Kang Jalanan ~

Laici Kang Jalanan, mulanya minum dah habis dah pun, baru perasan namanya pun,..maklumlah, dahaga sangaatt,... #Puas memikirkan apa yang nak diminum buat membasahkan tekak yang kering ni haaa, dah terpampang pun Laici Kang Jalanan. Laici kang ini special pada nama, juga pada bahan yang disediakan...Kekacang, biji selasih, kembang semangkuk, dan ada yang macam agar-agar bulat tuuuu,...haaa, biji saguuu...:P...berwarna-warni, namanya laici kang kan, manisnya sedap2 lemak mcm tu haaa,...Buah laici, tak payah bgtaw la kan, memang ada, besar2 lak tuu,...huuuiisshhh,..mang basah tekak ni haaa,...Boleh juga kalau ndak dibungkus pulang ke rumah,...bukan saja Laici Kang, bahkan ada pulaakk Laksa Utara (Laksa Kedah especially), bihun sup, haaiishhh,..sedaapppp!!! berdekatan dengan gerai ini juga ada gerai lain yang menjual kuih-muih tradisional dan juga moden...Bengkang ubi, ketayap, kuih lompang, mungkin nama tempatan di Ipoh nie agak berbeza, ada antaranya kuihnya sama...tak perlu risau, sebelah jaaa,...beli kuih bungkus, haa makan sambil minum Laici Kang Jalanan tu pulaaakk,...Alhamdulillah, hilang dahaga, perut pun terisi,...Lokasi gerai bergerak (lori pickup) ni, terletak di sekitar Taman Perpaduan, dan banyak lagi gerai2 lain yang ndak di senaraikan disini, dengan pelbagai jenis minuman dan makanan...berkunjung lah yer,...

Jun 26, 2011

Perajurit Muda Tamat Latihan di Insitut Tentera Udara Ipoh, Perak

Hari Perajurit Muda Tamat Latihan, di Institut Tentera Udara, Ipoh Perak. Sempat berkunjung ke sana, bagi menyaksikan adik kepada sahabat aku dari Sungai Petani, Alhamdulillah,...berjaya menamatkan latihan di sini, lebih kurang selama 6 bulan... Tiba di lokasi pada awal pagi, ketika pertunjukan inilah,...dan kemudiannya berkunjung ke gerai2 dan juga beberapa kiosk pameran yang disertai dari beberapa agensi berkaitan pertahanan...Menarik di pertengahan majlis, terdapat aksi payung terjun dari ahli2 yang berpengalaman dari angkatan TUDM, 'dihidangkan' buat tetamu dan waris yang hadir, walaupun masing2 da pun kenyang...sangat berani!!! Syabas, buat semua Perajurit Muda, yang tamat latihan pada tahun ini... Di sebelah petangnya pula, berjalan menuju ke kolam rekreasi, di institut tersebut, terdapat aktiviti berkayak bagi tetamu yang hadir, merasai keseronokan berkayak yang santai bersama keluarga, sanak saudara dan para sahabat. Ini antara gambar yang sempat dimuat naik,...

Jun 18, 2011

Koleksi 1 - Colour of Coke Glass

ngatkan dapat kumpulkan semua,..X cukup 1,...hurrmmmm:(...tpi xpe, dapat free yoo, :)..