Jun 26, 2011

Perajurit Muda Tamat Latihan di Insitut Tentera Udara Ipoh, Perak

Hari Perajurit Muda Tamat Latihan, di Institut Tentera Udara, Ipoh Perak. Sempat berkunjung ke sana, bagi menyaksikan adik kepada sahabat aku dari Sungai Petani, Alhamdulillah,...berjaya menamatkan latihan di sini, lebih kurang selama 6 bulan... Tiba di lokasi pada awal pagi, ketika pertunjukan inilah,...dan kemudiannya berkunjung ke gerai2 dan juga beberapa kiosk pameran yang disertai dari beberapa agensi berkaitan pertahanan...Menarik di pertengahan majlis, terdapat aksi payung terjun dari ahli2 yang berpengalaman dari angkatan TUDM, 'dihidangkan' buat tetamu dan waris yang hadir, walaupun masing2 da pun kenyang...sangat berani!!! Syabas, buat semua Perajurit Muda, yang tamat latihan pada tahun ini... Di sebelah petangnya pula, berjalan menuju ke kolam rekreasi, di institut tersebut, terdapat aktiviti berkayak bagi tetamu yang hadir, merasai keseronokan berkayak yang santai bersama keluarga, sanak saudara dan para sahabat. Ini antara gambar yang sempat dimuat naik,...

No comments:

Post a Comment

Anda komen di sini