Jan 30, 2012

WOW!!! Giveaway Sulung dari Miecyber's Blog pada pertama kali melawat blog ini...


Cara menyertai [Mudaaaaahhh jjeerrrr...]

1. Blogger perlu buat posting Review Miecyber's Blog[Yesss!!! Saya dah siap posting!!!]

2. Berikan pendapat anda mengenai Miecyber's Blog. [Pendapat saya nieh,...hehe : melalui blog ini saya dapat cover banyak perkara ataupun isu semasa yang telah Miecyber's Blog kongsikan semenjak dari 2009..Baanyaaaakkk!!!]

3. Ceritakan tentang Giveaway yang sedang berjalan ini. [Pertama kali melawat ke Miecyber's Blog, da ada peluang ''First Giveaway'' dari Miecyber's Blog. Anda bagaimana??...;)]

4. Letak banner Giveaway di dalam entry dan link kan kepada entry ini.

5. Klik 'Like' Fanpage Penaja Giveaway 


6. Postkan link Giveaway anda di bahagian komen ini

Hadiah Untuk Review Yang Paling Menarik
a. Top up RM 30 & Cenderahati (Tempat Pertama)
b. Top up RM 20 & Cenderahati (Tempat Kedua)
c. Top up RM 10 & Cenderahati (Tempat Ketiga)

**Giveaway ini berlangsung selama 3 minggu bermula 21 hb Januari 2012

Jan 27, 2012

Sayuran Tradisional Malaysia

Setiap kali ke pameran berkaitan pertanian, saya sering mendapatkan bahan-bahan rujukan baru daripada agensi yang terlibat. Sangat berguna, rujukan seperti risalah tersebut dapat digunakan sehingga kini, untuk 'refresh' apa yang saya belajar dulu. Terdetik pula untuk berkongsi sedikit maklumat ringkas, mengenai jenis-jenis sayuran tradisional, biasanya kita panggil pucuk ulam la kan,... Berikut apa yang ingin dikongsikan di sini, adalah antara sayuran tradisional di Malaysia. Adas Pedas, Bangun-bangun, Bebuas , Beluntas, Beremi, Cakar Cikri, Cekur, Gajus, Kaduk, Keladi-Rawan, Keladi Telur, Ketumbar Jawa, Lenggundi Merah, Maman, Mata Itik, Mata Pelanduk, Mengkudu Siam, Meranti, Naga Buana, Pegaga, Peria Pantai, Pucuk Manis, Pudina, Puding Belacan, Puding Semangkuk, Remayang Merah, Sambung Nyawa, Sekentut, Selasih, Serai Kayu, Setangki, Terung Pipit, Terung Telunjuk, Turi, Ubi Kemili, Ulam Raja.

Jan 25, 2012

Amalan Pertanian Baik (APB)

Amalan Pertanian Baik merupakan aktiviti pertanian bagi menghasilkan produk pertanian berkualiti, selamat dan mesra alam sekitar. Amalan ini juga adalah satu sistem pengurusan ladang yang dilaksanakan mengikut standard dan peraturan bagi mengurangkan risiko dan mudarat, meningkatkan produktiviti, menjaga keselamatan dan kebajikan pekerja, keselamatan makanan, pemuliharaan alam sekitar serta ke arah pembangunan pertanian lestari. Adanya amalan ini bertujuan mempraktikkan penggunaan racun perosak dan baja kimia secara betul, penghasilan produk pertanian berkualiti dan selamat dimakan, mengiktiraf pengusaha dengan memberikan sijil Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) dan Skim Organik Malaysia (SOM), serta meluaskan pasaran.

Jan 24, 2012

'Natural Farming' (NF)

NF merupakan salah satu kaedah Pertanian secara mampan dengan menggunakan sumber semulajadi yang berada di sekeliling kita seperti mikroorganisma, enzim serta baja hasilan daripada tumbuhan dan haiwan. Penggunaan kaedah NF ini membawa kebaikan dalam menghasilkan makanan yang selamat, mesra alam, penggunaan sisa-sisa bahan makanan serta menyuburkan tanah. Terdapat 5 Jenis baja cecair NF iaitu: 1- Baja Hijau 2- Baja Buah-buahan 3- Baja Berasaskan Ikan 4- Baja Berasaskan Tulang 5- Baja Berasaskan Kulit Telur/Kerang/Siput * Sumber dari Buku risalah 100 TIP Tanaman - Rakan Kebun Anda * Hanya untuk perkongsian maklumat semata-mata

Jan 21, 2012

Cerita Joran 2

sekarang nieh bukan maen sakan memancing,...ada ja taw mana2 port, habis smua nk dijengah,...memancing pun bagus jugak,...bley kenal jenis2 ikan,...laen lubuk,..laen ikannya,...hampir setiap hari jgak pergi mancing,...dari Gurun, sampai ke Bagan,...kadang ada hasil, kadang2 bley reba ja larh,...apa pun, memancing nie, memang benar menguji kesabaran kita untuk menunggu umpan disambar ikan,...kekadang puas mikir,...ape ke ikan nie pergi sekolah ke? pergi kerje ke pun?...aduuuhhh,...penat jugaaa,..sebelum nak bertolak, persiapan sangat2 penting, tak kurang juga perlu ambil tahu keadaan cuaca, waktu yang sesuai, dan tahu apa jenis ikan yang hendak jadikan sasaran,...(bersambung)