Jan 25, 2012
Amalan Pertanian Baik (APB)
Amalan Pertanian Baik merupakan aktiviti pertanian bagi menghasilkan produk pertanian berkualiti, selamat dan mesra alam sekitar.
Amalan ini juga adalah satu sistem pengurusan ladang yang dilaksanakan mengikut standard dan peraturan bagi mengurangkan risiko dan mudarat, meningkatkan produktiviti, menjaga keselamatan dan kebajikan pekerja, keselamatan makanan, pemuliharaan alam sekitar serta ke arah pembangunan pertanian lestari.
Adanya amalan ini bertujuan mempraktikkan penggunaan racun perosak dan baja kimia secara betul, penghasilan produk pertanian berkualiti dan selamat dimakan, mengiktiraf pengusaha dengan memberikan sijil Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) dan Skim Organik Malaysia (SOM), serta meluaskan pasaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Anda komen di sini